Khamis, 21 Mac 2013

Pantai Kelulut, Terengganu

Kami singgah di pantai ni masa dalam perjalanan balik dari kampung..disebabkan tak nak mengejutkan anis dari tidur kami memutuskan untuk drive-through je untuk makan tengah hari...boleh jimatkan masa teruskan perjalanan..nanti bila si kecil ni bangun mesti minta berhenti lagi..seperti dijangka,dia bangun je terus merengek nak stop..."nak ale..."katanya...hehe...so, papa pun kenalah cari lokasi untuk stop...

Pantai Kelulut Terengganu

Mase tu kami dah sampai di jalan pesisir pantai...tinjau-tinjau nampak lak ade tempat duduk di tepi pantai ni...so kami pun berhentila menikmati lunch kat sini...name pantai ni ialah Pantai Kelulut Terengganu..cannntik sangat tempat ni...dengan lautnya yang biru...lagipun tempat ni tak di komersialkan sangat lagi...xdelah pencemaran sangat...tapi cuma ade bangku-bangku je la tepi pantai nya...kalau nak berkelah bersama keluarga,mandi-manda..memang sesuai sangat lah...tapi kena bawa bekal air banyak2 la sebab x nampak pulak kemudahan tandas awam kat sini...

Pantai Kelulut Terengganu
Ngam-ngam kami selesai menikmati makan tengah hari.hujan renyai mulai turun...so kami pun meneruskan perjalanan ke Johor...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan